Wednesday 31 July 2013

WW


Monday 22 July 2013

Bersahur Dan Berbuka - Berperang Dengan Anak

Assalammualaikum..

Dah masuk hari ke-13 berpuasa.. Alhamdulillah masih penuh..heeee

Nak tau lah korang berperang tak dengan baby/anak korang time nak bersahur dengan berbuka? maksud berperang tu aku selalu guna dengan mak aku..bhahaha kira baby/anak meragam la time² gitu..

Si Dhafea ni, ya Allah..sebaik² jam lain tapi jam nak berbuka tu la dia nak merengek nak tidur lah nak menyusu lah padahal aku selalu sebelum pukul 7 tu dah standby df dia siap² dah nak bagi tidur tapi dah kenyang mata terbuntang lagi tersengih² nak main..ampun anak oii! puas dia main time berbuka la dia meragam.. tapi sejak dah berbuai kat rumah PIL ni senang sikit, pukul 7 je husband masuk dia dalam buai sampai tertidur..huhu tapi kalau kat rumah kitaorang redha je lah kalau tengah² berbuka tu dia menangis tersedu², sampai aku selalu lah df dia sambil makan..

Kisah bersahur pun gitu. Aku ni dah la jenis bangun ngam² punya masa..haha jam kemain alarm pukul 4pg bangunnya dekat pukul 5 jugak. sebabnya? aku delay kan sekali pastu aku tarik Dhafea df siap² konon senang aku bangun masak dia tak lapar dah, tapi hampeh ler punya lama dia df sekali dengan aku terlelap tak pun dia nak mengempeng, asal aku lepas je dia menjerit² menangis sumbat semual diam. Adegan ni berlarutan 3-4kali sebelum aku bangun jugak. Tengah masak dia menjerit² kejut husband layan dia. Lepas sahur time aku nak mengemas, siap ebm, pergi mandi pun sama. Lepas berkemas selalunya aku layan dia berborak bermain kejap pastu baru mandi, dia jenis nak bermain kena ada orang depan mata dia layan dia main..huuhu T_T" kalau dia tak nampak orang menangis² keluar air mata. Macam pagi tadi, aku mandi airon baju dia menangis² sebab mengantuk 5:30 dah bangun. Dah siap mandi pakai baju aku nak siap benda lain kena lah dukung dia sambil buat kerja..uwaaaa...Dhafea dera emosi betul! haha susah nak dukung sambil buat kerja kena kepit lebih sebab dia baru 3bulan, leher belum betul² keras kena tolong pegangkan..haih laaa dia kalau mengantuk sangat atau lapar sangat memang meragam entah apa² lah kan. Kalau tak elok je sejam dua jam dia main..

Perangai dia bertukar² setiap berubah bulan..banyak perkembangan positif..sukaaaa tengok! ketawa dah mengekek², menjerit sakit habis teliga orang dengar..haha suka tengok filem P.Ramli. bhahaha



Friday 19 July 2013

Rutin

Assalammualaikum,

Sejak dah beranak pinak ni..haha (macam ramai benor anak heh) rutin harian aku berputar 360darjah. 90% hal anak, 10% hal husband. Boleh gitu? sikit benor..hihi

5:00pagi
Bangun sahur, (gila lewat bangun) hari² alarm pukuk 4:30 tapi kelaut sebab df si Dhafea siap² kekonon tak nak bagi dia bangun time sahur tapi sekali aku kelaut sudahnya pukul 5 aku bangun, dia punnn sibuk bangun menjerit² menangis..tak tenang aku kat dapur. Kadang makan sambil pangku dia..siap cuci pinggan mangkuk suruh husband buang sampah..hiks

6:00pagi
Mandi² siapkan baju² Dhafea yang nak bawak pergi rumah atuk dia, kemas botol² susu yang dah rebus malam tadi masuk beg semua.

6:30pagi
Siapkan botol storage dengan segala jenis mak nenek breastpump. Kumpul semua icepack botol storage, EBM masuk beg.

7:00pagi
Keluar rumah dengan beg berkoyan², kalau jalan tak jammed insya'allah tak sampai 15min dah boleh sampai kalau jammed setengah jam baru sampai padahal dekat je kot. (apahal cheras jammed nak matik?)

7:30pagi
Sampai rumah inlaw, panaskan EBM standby..anak dara tu kalau lapa tak menyempat karang. Settel simpan EBM masuk fridge aku keluar g kerja, husband lambat sikit opis dia dekat jer.

8:15pagi
Sampai opis..tidur kejap sampai 8:45pagi, hiks time ni boss belum naik.

5:00petang
Bergegas balik nak harung jammed kat Sg.Besi dengan BTS lagi, nak masuk BTR ni..uwaaa stress sampai rumah inlaw pukul 5.45petang, ni memang timing yang wajib!

6:00opetang
Sampai rumah rehat kejap, sediakan makanan untuk berbuka (untuk berbuka semua beli je, sahur baru masak sikit, haha). Kalau Dhafea bangun pukul 5 memang pukul 7 time tidur..sedaya upaya bagi tidur sebab nak berbuka. Dia tidur kejap time berbuka la dia nak df..huu hari² gitu tak daya dah nak elak timing dia..

8:00malam
Kemas dapur, cuci botol susu, storage, breastpump, pinggan mangkuk. Rebus segala mak nenek tu (iolls belum beli sterilizer) ampaikan semua tu..haha (tak tau nak panggil apa)

9:00malam
Cuci baju Dhafea (guna tangan oii, penat!) mandi siap². Time ni dia dah tidur dah baru senang nak masuk bilik mandi. Husband tolong basuh baju kitaorang dan ampai,hiks

9:30malam
Ampai baju Dhafea semua on kipas no.5..hahaha kata cuci tangan harus lah perah pun kudrat haku!

10:00malam
Husband ironkan baju, aku buat air sebelum tidur minum susu makan kurma.

10:30malam
Tukar baju pampers si Dhafea semua. Masuk tidur..aku sekarang jenis letak kepala atas bantal terus hanyut..huhu husband je termanggu² tengok tv sementara nak lelap

Esoknya bangun seperti biasa ulang perkara atas. Pukul 10:30 aku tidur tu paling awal lah. Dapat lah 2kali ke dalam seminggu kalau tak mesti menjenggah pukul 11:30-12:00

Sebenarnya tulis panjang² ni nak bagitau betapa penatnyaaaaa..hahaha tak terkata uolls tu belum lagi kalau ulang alik seremban lagi lah penat kuasa dua. Tapi alhamdulillah jugak makin lama makin dapat adapt semua ni. Ni pun bukan menyeluruh pun, kang semua nak tulis ada yang meluat. Kemas rumah pun sikit² je tak larat, nak mop ke apa tunggu weekend, tu kerja husband..bhahaha

Semua ni nak bagi Dhafea dah besar esok² baca..wakakaka tak boleh blah jauh punya cerita..hiks


Ok, bai..


Tuesday 16 July 2013

Berpantang : Ibuku Tradisional

Assalammualaikum,

Nak cerita pasal berpantang.

Aku kan ke czer kan, dah tentu berbeza teknik berpantang dengan orang yang bersalin normal..wah! teknik gitu..kihkih
Seminggu kelahiran si Dhafea ni aku tak berpantang sangat, sekadar berpantang makan dengan pakaian saja. Tungku, mengurut semua belum start sebab Dhafea kena jaundice kena warded dekat Hospital Seremban..ok yang tu nanti masuk entri lain.

Mandi
Sehari selepas aku balik kedah, mak aku dah start bagi aku pantang itu ini. Pagi² mandi air daun² ke apa entah berjenis² tapi wangi serai + pandan. Air panas yer tapi panas yang baru mendidih atas dapur yerr! Yang lepas je mendidih tu mak aku terus cedok masuk dalam besen untuk aku mandi, bayangkannnn! sentuhan pertama aku dengan air tu terus mengelupur, haha panas oiii merah kulit kena air panas. Langsung tak campur air paip. Sumpah aku tak dapat mandi, even mak aku dah tambah air paip still pans wey, berasap² macam mak jah tengah jampi serapah. meraung la aku..mak aku pulak marah sampai tahap tengking aku..haha padan muka! punya la kuat sampai husband pun datang tengok dah kenapa bini dengan mak mentua dia macam bercakaran..haha

Aku redha jugak, tapi mintak jugak tambah air paip. Mak aku dah bebel² mula buka cerita dulu dia in law jaga jangan harap nak dapat macam aku ni boleh tambah² air lagi sampai nak jadi suam. Mandi pun dah tak ada rasa apa. Bebel lagi, dah aku pula czer tak boleh mengurut kang bila pulak perut nak surut (perut aku time tu macam pregnant 3bln, haha). Dalam 3-4hari je la mak aku tolong mandikan, lepas tu aku mandi sendiri iolls tambah la air paip sampai kadar yang aku boleh mandi, muahahaa ada jugak mak aku dok sindir cepat je siap mandi, ni mesti tambah air! haha firasat mak tu, korang nampak? huhu tapi serius hasilnya perut memang mengempis walaupun tanpa bertungku. Aku dapat mandi sehari sekali je. Rambut mula² tu lebih 2minggu tak dapat cuci, aku bebel dengan mak aku cakap kepala dah panas berminyak, baru dia bagi dengan syarat "JANGAN SHAMPOO" tapi aku derhaka shampoo jugak 3hari sekali..bhahaha..

Makan
Makan memang pantang habis-habisan, sebab aku pun takut luka czer lagi..dah BF risau Dhafea kembung ke apa kan. Rutin aku pagi² minum milo panas dengan biskut kering. haha minum pagi yang kedua susu Anmum dengan biskut kering lagi. Makan tengah hari nasi putih dengan ikan tenggiri / ayam /. Kuah ke halia ke black pepper semua hold sebab Dhafea jaundice sampai hari ke 15 baru start makan benda tu.

Minum
Selalu dalam pantang air orang dulu² tak bagi minum banyak kan? tapi mak aku bagi je sebab aku BF. Dengan syarat air panas bukan air masak yang sejuk atau suam..muehehe tapi aku langgar jugak..aku minum memang banyakkk tapi air masak sejuk or suam..haha mak aku bising kang urat kembang itu ini. Aku tetiba jadi pentipu depan dia je aku minum panas.huhu

Pakaian
Aku memang 24/7 berkain batik, tapi sumpah laaa dalam pantang gila panas. Aku stokin pun on off, sweater lagi lah aku tak pakai. Bila dah seminggu stokin aku off terus tak boleh tahan panas. Mak aku gila bising, masuk angin nanti, masuk angin..haha

Keluar Rumah
Aku keluar jugak sampai depan rumah, orang dulu² lepas atap pun tak bagi kan..boraing haiii aku keluar depan sikit je ambil udara..hehe keluar g beli pampers Dhafea pun pernah, g bank..huhu

_________________________________________________________________________________

Yang aku perasan bila dah aku macam tak ikut sangat apa mak aku suruh tu last² dia pun malas dah, sebab tu keluar rumah pun dia bagi..haha makan pun aku request yang berkuah sikit, dia buat je asalkan ada halia, black pepper..haha

Sampai sekarang pun aku banyak jugak berpantang makan dan minum, lagipun czer kan..benda yang gatal dan berunsur nanah memang aku tak berani, mee ada udang aku pernah makan gatal nauzubillah..sumpah tak mau dah! huhu Sayuran berangin pun aku elak sebab BF..risau kot² Dhafea kembung, kesian dia..

Lagi pulak haritu masa hari ke 46 (lepas pantang) aku termakan coslow..kubis kan? sumpah aku tak ingat langsung tinggal suapan terakhir baru perasan Ya Allah aku makan kobis, risau kemain sebab kobis angin + sejuk risau bf Dhafea kang..sudahnya 2hari lepas tu aku demam tiba² mencecah 39.7 panas. Mengigil la padahal tu hari yang nak balik kl dah.. terus serik tak makan dah, nasib baik Dhafea tak kembung.

Sekarang pun ada jugak bertanya kenapa berpantang itu ini, walaupun dah masuk 3bln..Jawapan aku senang, "aku bf..tak nak take risk untuk anak aku" so jangan nak tanya lagi, anak tu amanah sayang aku sampai memuncak. Lagipun badan nak pakai lama..apa salahnya aku berpantang lebih sikit, bukan kena guna duit kau yer dak? huhu


Ok, tu je yang ingat..bai ^^

"Selamat Berpuasa Kawan²"




Monday 8 July 2013

Akar Fatimah

Assalammualaikum,



Akar fatimah..ini aku google je, credit kepada tuan empunya gambar..hehe

Cerita pasal akar fatimah ni memang sinonim dengan wanita mengandung kan. Aku dapat akar ni pun daripada sepupu husband last year dia pergi umrah, masa tu aku baru je kahwin belum pun pregnant..rezeki² ^^

Aku start rendam tepat² 37w, haha over kan? orang kata kalau kita rendam akar tu mengembang kita dah hampir nak bersalin..


Ini akar fatimah yang aku rendam tu, mula² kembang sikit..lepas tu lagi dan lagi. Sampaikan dah habis kembang sekembangnya la ni. Dua kali rendam pun kembang jugak. Terus laki bini cuak, husband cakap mesti aku dah nak bersalin..hoho

Air nya tu keroh kemain, ada orang dia minum kan? tapi haku tak daya nak minum..haku buat mandi..hihi rasanya mandi hari rabu (10hb April) kot. Jumaat (12hb April) bleeding. Ahad (15hb April) bersalin. Kiranya dalam 37w jugak aku bersalin. Mak aku cakap maybe sebab aku mandi awal sangat dengan air tu..haha entah la kebetulan atau macam mana kan.

Air rendaman yang ke-2 ada lagi sebotol belum pun sempat mandi..sampai sekarang ada je lagi kat rumah tak tau nak buat apa..huhu



p/s : Masa nak rendam tu selawat dan baca al-fatihah je aku buat. Ada orang lain baca doa untuk buat air selusuh.. ^^


Wednesday 3 July 2013

Sebalik Nama "Dhafea Shurafa"

Assalammualaikum,

Malas seketika nak update blog..tapi sekali dah update hari² keluar entri walaupun ber-schedule..huhu

Nak cerita mengenai nama my little pumpkin! ^^

Dhafea Shurafa (Pencerita Hadis Yang Mulia)

Ramai yang cakap kitaorang sengaja gabung² kan nama sampai jadi agak asing..no..no! Nama ni husband yang pilih, tapi dengan bersyarat daripada aku huruf depan mesti A atau D sahaja..haha ye la D sebab husband pun start dengan D, A pulak sebab aku dah lama nak anak nama depan huruf A. Kekonon nanti exam dia dapat la masuk dewan, kahkah ok sila la gelak..sebabnya nama aku start S, so aku tak berkesempatan jawab exam dalam dewan..kesian kan? huhu

Sekian lama kot mencari nama, sejak dari tahu pregnant kitaorang selalu rasa aku pregnant baby boy. Hinggakan hari² panggil satu nama tu, sekali scan gegirl..hihi terus cari nama pada masa yang sama nama baby boy tetap jugak cari. Siap nama novel Tingkatan 4, Azfa Hanani pun husband nak..aku bangkang Ya Arif! haha tak semenggah kot.. @_@

Aku memang sejak zaman single berangan kalau gegirl nak nama bunga, siap cari bunga huruf D. Sempat lah jugak panggil dengan nama tu masa Dhafea dalam perut sehingga lah husband dapat nama Dhafea Shurafa terus stick dengan nama tu.

Dhafea tu spelling yang sebenarnya Dafiya, tapi aku lah gedik nak tukar..wakaka. Shurafa tu husband cari jugak untuk gabung dengan Dhafea, sebab nama aku kan ke start Shu***** gituuu.

Maka terjadi lah Dhafea Shurafa..hiks

Aku percaya yang setiap nama tu dah tersurat pun sejak azali.

Present our little pumpkin! hihi


Fresh from oven : 3.2kg



2months 2weeks : 5kg



p/s : Tetiba nampak sangat bambam dalam gambar..huhu